Saturday, March 5, 2011

Sayangilah Tangan Anda

malam semalam (04.03.2010),
ketika saya sedang melihat-lihat profile seorang demi seorang sahabat saya,
saya terperasan satu gambar yang bertajuk sayangilah tangan anda.
saya menekan sahaja gambar itu untuk mengetahui lebih jelas tentang gambar itu.
apabila gambar tersebut muncul,
saya terus istighfar,
bukan main terkejut lagi saya melihatnya.
daripada gambar tesebut, saya dapat membuat anggapan bahawa seorang si fulan punya tangan tersebut telah terhiris. Melihat daripada hirisan tersebut dapat digambarkan bahawa pemilik tangan tersebut telah termasuk kedalam sebuah mesin. hirisan tersebut menyerupai pemotongan sosej(tidak beberapa pasti) sebab apabila melihat daging-daging pada setiap jari telah terhiris dalam keadaan daging-dagingnya masih terlekat pada tulang tersebut. bila dikenang-kenang, memang akan membawa kepada banyak mengucap kerana kita pula yang dapat merasa kesakitan orang itu.

No comments:

Post a Comment