Saturday, March 5, 2011

Perhatikanlah Setiap Tingkahlaku Manusia




Sejak beberapa hari ini saya telah banyak memerhatikan suasana-suasana di muka bumi ini. Namun banyak yang telah banyak mengajar erti kehidupan kepada saya. Mungkin anda jarang sekali memerhatikan masyarakat di sekeliling lagi-lagi orang yang mementingkan diri sendiri.



Ketika waktu senja, ayat-ayat suci mula berkumandang di beberapa surau dan masjid berdekatan. Pulang dari menghantar sahabat saya ke rumahnya, saya melalui banyak kawasan perumahan di sekitar Greenwood untuk keluar dari kawasan tersebut kerana rumah saya berada di sekitar Taman Melati K.L. Ketika di dalam perjalanan, saya melihat seorang makcik dan anaknya sanggup lari melintas dijalan raya yang sebesar 4 baris itu untuk melintas ke seberang untuk mencapai tempat tujuannya iaitu surau. Kemudian saya sambung lagi perjalanan saya sehingga di lampu isyarat dan kemudian berhenti kerana ketika itu lampu baru sahaja berwarna merah. Waktu itu saya memerhatikan sekeliling dan saya ternampak pulak seorang pakcik yang berkopiah, berbaju melayu dan berkain pelikat menunggu lampu isyarat pejalan kaki berwarna hijau.


Terlintas di hati ini tertanya-tanya, mengapakah seorang pakcik dan makcik tersebut sanggup menggadai nyawanya dan keletihanya untuk berjalan ke masjid sedangkan anak-anak muda pada ketika itu ada yang berseronok dan bermain-main lagi? ke manakah perginya generasi muda masjid sekarang ini? siapakah yang patut dipertanggungjawab? adakah kerajaan,ibubapa,masyarakat pusat-pusat pengajian dan sebagainya?
"sesungguhya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum melainkan mereka merubah diri mereka sendiri"

No comments:

Post a Comment