Monday, November 15, 2010

Babri Yang Diceroboh


Album :
Munsyid : As-Shoff
http://liriknasyid.com

Ingatkah Kita Sebuah Kisah
Hari Yang Sedih Penuh sejarah

Di Ayodhya Bumi Islam India
Masjid Babri Hancur Dan Musnah

Dulu Babri Indah Tersergam
Menjadi Lambang Keagungan Islam
Tapi Kini Sudah Tiada
Dirampus Rakus Kafir Durjana

Dunia Hanya Menyaksikan
Pencerobohan Tanpa Belas Kasihan
Pendamaian Sukar Diujudkan
Kerana Mahkamah Tiada Keadilan

Ingatkah Kita Sebuah Kisah
Hari Yang Sedih Penuh sejarah

Di Ayodhya Bumi Islam India
Masjid Babri Hancur Dan Musnah

Kini Babri Tiada Lagi
Mengapa Kita Masih Sepi
Teruskanlah Perjuangan Suci
Menebus Kembali Islam Yang Dicemari

Meskipun Tiada Sumbangan Buatmu
Hanya Sekalung Doa Dariku
Agar Islam Subur Kembali
Agar Babri Bangun Kembali


Berita sedih. 30 sept,2010.
Mahkamah tinggi india telah mmutuskan bahawa pihak hindu berhak untuk membina kuil rama di atas tapak Masjid Babri yang telah dirobohkan oleh pelampau hindu pada 1992. Puak-puak hindu bersorak-sorak & membakar mercun bergembira menyambut keputusan mahkamah itu.umat Islam di sana dilaporkan berwajah tenang & bersedih atas keputusan itu. Tiada demonstrasi dilaporkn. 200,000 polis dikerahkan mengawal keadaan sejak 29 sept. Inikah 'hadiah' TUHAN untuk umat Islam sempena ulangtahun Perang Khandak pada 5 Hijrah atas kebiadapan umat Islam yang menukar Syawwal Jihadi menjadi syawal hiburan? "keamanan dunia hanya dicapai apabila hak-hak orangg Islam dilucutkan!" kata pmimpin-pemimpin barat. Ketua-ketua kerajaan Islam pun bersorak, "correct,correct,correct." & umat Muhammad saw terus merana, sedangkan ketua-ketua kerajaan Islam terus bersekongkol memperkosa kesucian Islam bersama kemunafikan pihak barat & kemunafikan diri mereka sendiri.

Friday, October 29, 2010

Kelebihan orang yang membaca Al-Quran


Ibnu Mas’ud Al-Anshari Al-Badri ra meriwayatkan dari Nabi saw, yang bermaksud : “Orang yang paling berhak menjadi imam dari suatu kaum adalah orang yang pandai membaca Kitab Allah di kalangan mereka. Jika mereka sama taraf dari segi bacaan. maka yang lebih mengetahuai tentang sunnah.” (Riwayat Muslim) Diriwayatkan dari Ibnu Abbas raa, katanya “adalah para pembaca Al- Qur’an hadir di majlis Umar ra bermusyawarah dengannya, terdiri dari orang tua dan pemuda.”(Riwayat Bukhari dalah shahihnya) Ingatlah bahwa mazhab yang shahih dan terpilih yang diambilkan para ulama ialah bahwa membaca Al-Qur’an adalah lebih utama dari membaca Tasbih dan tahlil serta dzikir-dzikir lainnya. Banyak dalil kuat yang mendukung hal itu, Wallahua’lam.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 23


Maksudnya : Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu , dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak- anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu ) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka ), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua-beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), Kecuali yang berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani.

Tuesday, October 26, 2010

ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM



Saudara-saudara yang budiman,

Andainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita,
membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumah
tangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika
dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk
menaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains
yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh. Apa yang dapat
kita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam itu ialah contohnya:

PERTAMA
: Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya
terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau
mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita
tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya
layak ditempatkan di dalam tong sampah.

KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan
itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak
digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akan
mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara.
Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan
pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan
itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh
semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia
dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam
mengunakan taktik ini.

KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah
mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru
yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,
sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut,
manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga caracara
berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata
materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru
yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah
lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya.
Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada
kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan
kehidupan manusia.

Jalan yang khusus bagi pelajar


Pelajar-pelajar yang sedang berada di universiti-universiti dan fakulti fakulti
tentulah sudah besar, matang, mempunyai kesedaran dan boleh
membezakan di antara buruk dan baik. Begitu juga pelajaran yang diterimanya
membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga
membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak.
Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan sematamata,
bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar juga. Pelajar-pelajar adalah
muda-muda belaka. Mereka hendaklah menyedari secara sungguh-sungguh
bahawa mereka adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup di atas muka
bumi ini dengan cara hidup yang bercorak Islam. Hal ini memastikan diri mereka bersemarak dengan api cinta untuk mengetahui apakah sistem yang
menjamin hidup mati mereka dan apakah sifat-sifat nyata yang membezakan
umat Islam, iaitu sifat-sifat yang mesti ada untuk hidup mati identiti Islam.

HADIS 35 (dari KITAB HADIS 40)

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi
antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

Pengajaran hadis:

(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian
hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.
(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau
memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru
hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai
sifat-sifat buruk seumpama ini.
(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat
keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu
dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi
memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan
memotong urusniaga orang lain.
(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan
hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak
menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau
menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.
(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang
boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada,
namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan
melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.

Saturday, October 23, 2010

Forum Ilmiah


Seharusnya kita berfikir sejenak sebelum mengeluarkan kata-kata yang mungkin akan menimbulkan pelbagai persoalan

Daerah Pemikiran Sejagat

Bila kita fikir-fikirkan kembali. Untuk apa sebenarnya kita di ciptakan ? Adakah untuk merosakkan ciptaan di muka bumi ini? atau hidup hanya untuk bergembira(enjoys) ?

Pada hakikatnya kita di ciptakan untuk menjadi khalifah dan beribadat di muka bumi ini. Jika di amati sejenak bahawa, terdapat sesuatu kaum atau bangsa sedang merancangkan sesuatu tanpa kita sedari untuk merosakkan umat islam itu tersendiri. Tetapi kita tidak sedar, kerana mereka telah berjaya memperdayakan kita dengan alat serta teknologi yang maju tanpa kita sedari yang membuatkan kita dibuai oleh permainan mereka......