Sunday, April 17, 2011

MoTTo

motto " kami dengar kami prihatin"

cuba dilihat moto tersebut menimbulkan pelbagai persoalan kepada habib..... mungkin dah lama habib tidak update blog nie sebab banyak hari habib menghadapi kesukaran. kepenatan juga menghantui habib lagi2 peperiksaan makin menghampiri habib. habib tidak dapat merasakan betapa peperiksaan hanya tinggal 2 minggu sahaja. mungkin sudah lama habib ini sendiri mendidik hati ini agar jika menghadapi peperiksaan hanya perlu tenang. sehinggakan pada malam hari peperiksaan pun habib masih lagi tidak berbuat apa-apa persediaan untuk peperiksaan. kata orang ini bagaikan serang sahaja musuh dengan tanpa sebarang senjata yang menyebabkan kita mati hanya dengan sia-sia. dapat dikaitkan disini juga ibarat habib belajar tanpa latihan dan membaca. datang dengan hanya mensia-siakan apa yang dipelajari dan membiarkan ianya terkubur begitu sahaja. mungkin jika ada sesiapa yang prihatin akan mendengarkan serta prihatin untuk membantu. selain itu kita juga perlu saling melengkapi ( kawan habib ada mengatakan saling topup-mentopapi ). sebab kita semua ada yang boleh menyelesaikan masalah dengan sendiri dan ada juga masalah yang perlu bantuan antara satu sama lain. mungkin ada lagi yang layak membantu kita yakni ALLAH. tuhan pencipta ALAM.

sesungguhnya ALLAH mendengar rintihan hambaNYA. cuma kita sahaja yang perlu menghadapNYA untuk meluahkannya... .... cuba fikirkan dan renung-renungkan

No comments:

Post a Comment