Saturday, February 12, 2011

MEMIKIRKAN SEJENAK



Setelah sekian lama aku melangkah di bumi ini, aku sering bermuhasabah diri untuk meningkatkan diri ini untuk maju dalam bidang da'wah mahupan tarbiyyah dan ta'dib. Mungkin aku lebih banyak bermain ketika waktu ini. Ia bukanlah main macam zaman kita kanak-kanak dulu yang mempunyai banyak perkara yang dilakukan, akan tetapi mengikut senario dengan umur aku sekarang ini bermain dengan melebihi had batasnya. Kalau di zaman ini terdapat banyak dugaan yang harus dihadapi bagi mengurangkan masa bermain aku.

***************************

Aku cuba berazam untuk menguruskan badan aku yang besar ini. Pada hakikatnya agak payah kerana banyak dugaan yang harus diredahi. Mungkin aku terlalu berharap teramat sangat agar diberikan kekuatan untuk rajin bersenam dan tidak mengabaikan segala larangan-NYA. Kadang-kala agak berat badan ini untuk bangun beribadat dan menunaikan ibadah.

AKU harap dapat mentargetkan berat badan aku ini dapat diturunkan dengan mendadak. Aku berazam agar badan aku ini dapat dikurangkan dalam tahun ini juga dengan menggunakan apa-apa alternatif hattakan bersenam sekalipun.

*************************
Waktu ini aku dapat merasakan bahawa aku amat berharap sangat agar dapat memenuhi cita-citaku iaitu dapat menghabiskan pelajaran dalam dua bidang yang amat akau minati iaitu bidang PENTERJEMAHAN BAHASA ARAB dan mengambil BIDANG PERUBATAN HEMOPATHY.

AKu akan berusaha dengan sekuat-kuatnya walaupun aku ini jenis malas-malaslah jugak. Pada hakikatnya belajar ini seronok sekali lagi-lagi dapat belajar bersama rakan seperjuangan ......

Ada sahabat aku yang amat meminati bidang kedoktoran dan lain-lain. Memandangkan dia menghadapi kesulitan, maka ia hanya dapat mempelajari bidang yang selain dari bidang ia minati. mungkin itu bukan rezekinya. aku berharap agar aku dibukakan rezeki kerajinan aku agar mudah untuk mempelajari dan mengingati dan mandapat keredhoan dari-MU....

''''''''''''

SETELAH LAMA MENULIS RASA NGANTUK PULAK,,,

JADI SAMPAI DISINI SAHAJA CERITA INI.....

NANTI AKAN DISAMBUNGKAN CERITANYA KELAK...

KERANA CELOTEH SERONOK BEGINI..



"TAPI JANGAN MENGUMPAT MENGENAI ORANG LAIN KERANA MENGUMPAT ITU DIIBARATKAN MAKAN DAGING SAUDARA KITA SENDIRI"/......

WASSALAM

No comments:

Post a Comment